Saturday 26 February 2011

Facebook

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ
[حديث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا]
Terjemah hadits :
Dari Abu Hurairah radhiallahunhu dia berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya .
(Hadits Hasan riwayat Turmuzi dan lainnya)
Pelajaran:
1.     Termasuk sifat-sifat orang muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mulia serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah.
2.     Pendidikan bagi diri dan perawatannya dengan meninggalkan apa yang tidak bermanfaat didalamnya.
3.     Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah kesia-siaan dan merupakan pertanda kelemahan iman.
4.     Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang manfaatnya kembali kepada diri sendiri bagi dunia maupun akhirat.
5.     Ikut campur terhadap sesuatu yang bukan urusannya dapat mengakibatkan kepada perpecahan dan pertikaian diantara manusia.

Kenapa aku sedih????
Aku banyak mensia-siakan masa yang sangat berharga semata-mata menghabiskan masa dengan facebook dengan perkara yang x berfaedah.''kan bagus kalau aku manfaatkan facebook ni untuk menyebarkan dakwah seluruh dunia.''kan bagus kalau aku gunakan facebook untuk menyebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat""dan lagi bagus kalau aku gunakan facebook ni untuk menyedarkan orang ramai supaya tidak membazirkan masa dengan buat perkara yang sia-sia di facebook''
apakah aku tidak mengikut hadith Rasulullah di atas?jika aku x ikut bermakna aku x beriman dengan hadith di atas.jika aku x beriman dengan hadith Rasulullah bermakna aku xyakin dengan Rasulullah s.a.w.jika aku xyakin bermakna imanku belum sempurna.....

Thursday 24 February 2011

PERKATAAN SALAM

Tiba-tiba ada golongan melarang penggunaan perkataan salam sejak akhir-akhir ini.kenapa?
Di sini saya sebagai manusia yang lemah n m'punyai ilmu yg sngat sedikit akn kupas isu ini.


Perkataan salam atau as salam merupakan salah satu dari nama-nama Allah yang cukup indah iaitu Asmaul Husna.
kenapa ada golongan yang melarang penggunaan salam?jom kita rujuk ayat-ayat alquran.


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ
89.  Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan Katakanlah: "Salam (selamat tinggal)." kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).

Salam bermaksud selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, tapi ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, supaya mereka yang ingkar itu akan sedar nanti. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-musalamah / al-mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal.Tetapi salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.


Jika kita mengatakan 'salam' adalah selamat tinggal, bermakna dalam surah Yaasiin ayat 58 adlah selamat tinggal kpd ahli syurga?benarkah ini?


سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
58.  (kepada mereka dikatakan): "Salam", sebagai Ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang.(yaasin:58)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ
109.  (yaitu)"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".(as-saafat:109)


  إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
 
56.  Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya(al-ahzab:56)


saya da nyatakan bukti-bukti di atas.adakah salam iti selamat tinggal atau sejahtera?


Wednesday 23 February 2011

HADIS AR-BA’IN AN-NAWAWI (Hadis 1)



عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Maksud hadith ni ialah: Dari Amirul mukminin Abu hafs(gelaran saidina umar) Umar bin Al-khattab radiallahu anhu berkata: aku mendengar  Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan  
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) 

Pelajaran yang terdapat dalam Hadits / الفوائد من الحديث :
Niat merupakan syarat layak/diterima atau tidaknya amal perbuatan, dan amal ibadah tidak akan mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah ta’ala).
Waktu pelaksanaan niat dilakukan pada awal ibadah dan tempatnya di hati.
Ikhlas dan membebaskan niat semata-mata karena Allah ta’ala dituntut pada semua amal sholeh dan ibadah.
Seorang mu’min akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.
Semua perbuatan yang bermanfaat dan mubah (boleh) jika diiringi niat karena mencari keridhoan Allah maka dia akan bernilai ibadah.
Yang membezakan antara ibadah dan adat (kebiasaan/rutin) adalah niat.

Hadits di atas menunjukkan bahawa niat merupakan bagian dari iman kerana ia merupakan pekerjaan hati, dan iman menurut pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah membenarkan dalam hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan.