Tuesday 22 February 2011

SIFAT-SIFAT ALLAH MENGIKUT MANHAJ IMAM ASY-SYAF'IE




1. Sifat Al- 'Uluw (ketinggian)

Al-'Uluw adalah sifatZatiah yang tidak terpisah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala iaitu Dia bersifat tinggi di atas makhluk-Nya, dan Dia berada di Arsy-Nya di langit, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, 
''Apakah kamu merasa aman terhadap Allah Subhanahu wa Taala yang di langit bahawa Dia menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang", (QS. 67:16).




2. Istiwa' (Bersemayam)

Istiwa' adalah sifatfi'liyah yang tetap bagi Allah Subhanahu wa
Taala, iaitu Dia bersemayam di atas Arsy, sebagaimana firman-Nya, 
''Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah Subhanahu wa Taala yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy",(QS. 7:54).
Baca firman Allah Subhanahu wa Taala surat Yunus: 3, Al-Rad:
2, Thaha: 5, Al-Furqan: 59, As-Sajdah: 4, Al-Hadid:4. 


3.An-Nuzul (Turun)

An-Nuzul termasuk di antara sifat Khabariyah fi'liyah iaitu Allah Subhanahu wa Taala turun ke langit dunia pada setiap malam, sebagaimana dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Imam Asy-Syafie berkata,
"Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala di atas Arsy-Nya mendekat kepada makhluk-Nya menurut bagaimana yang Dia kehendaki dan sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala turun ke langit dunia menurut bagaimana yang Dia kehendaki".[1]


4. Sifat al-Yadd (Tangan)

Al-Yadd(tangan) termasuk di antara sifat zatiyah Khabariyah iaitu Allah Subhanahu wa Taala memiliki tangan, sebagaimana firman-Nya, 
berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalang! kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku", (QS. 38:75).
Baca firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di Al-Maidah: 64 dan AL- Fath:10.


[1] Ijtima' Juyuus Islamiyah, hal. 94 dan Mukhtashar Al-Uluw, hal. 176


5. Sifat al-Wajh (Wajah)

Lihat firman Allah Subhanahu wa Ta'ala surat Al-Qashash: 88, Al-
Rahman: 27 dll.



6. Sifat al-Qadam (kaki)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda,
"Kemudian Allah Subhanahu wa Ta'ala yang Maha Perkasa meletakkan kaki-Nya padanya (neraka), dan ketika itu barulah ia penuh dan saling berdekatan dengan yang lainnya dan berkata, "Cukup, cukup".(HR.Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

No comments:

Post a Comment