Tuesday 22 February 2011

Beberapa Masalah Tentang Kubur


1. Talqin
Tidak ada keterangan dari Imam Asy-Syafie tentang masalah talqin. yang menganjurkan talqin adalah ulama-ulama Syafieyah seperti al-Qadhi Husain, Al-Mutawalli, Al-Rafi'i dan lainnya, mereka berdalil dengan hadis Hadis Umamah yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani. Namun hadis tersebut daif.[1] Syeikh Al-Albani menyebutkan di antara sebab lemahnya adalah kerana dalam sanadnya ada Al-Azdi atau Al- Audi yang tidak thiqah dan diamajhul.[2]

2. Meratakan Kuburan

Imam Asy-Syafie berkata,
"Aku menyukai kalau tanah kuburan itu sama (diratakan) dari yang lain, dan tidak mengapa jika ditambah sedikit saja sekitar satu jengkal".[3]


3. Membangun Kuburan dan Duduk di atasnya

Imam Asy-Syafie berkata,
"Aku suka jika kuburan itu tidak dibangun dan disimen, kerana hal itu merupakan bentuk perhiasan dan kebanggaan. Saya juga tidak suka kuburan itu diinjak, diduduki atau dijadikan sandaran. Beliau berdalil dengan Sabda Nabi, "Seseorang duduk di atas bara api sehingga pakaian dan kulitnya terbakar, lebih baik baginya daripada duduk di atas kuburan seorang muslim". (HR. Muslim)[4]

4.Ziarah Kubur

Imam Asy-Syafie berkata,
"Dan boleh melakukan ziarah kubur. Dalam ziarah kubur, janganlah mengucapkan kata-kata kotor iaitu mendoakan keburukan kepada mayit dan meratapinya. Tetapi beristigfarlah untuk si mayit".[5]


[1] Al-Majmu', Imam An-Nawawi, 5/304
[2] Irwa'Ai-Ghalil, 3/203-204
[3] Syarah Sahih Musim, An-Nawawi, 2/666
[4] Al-Umm, 1/277
[5] Ibid, 1/278





Ziarah kubur khusus untuk laki-laki, dan wanita tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis Abu Hurairah, “bahawasanya Allah Subhanahu wa Taala melaknat wanita-wanita yang menziarahi kubur".


Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad (2/337-356), Imam At- Tirmizi no. 1056, Ibnu Majah, no.1576. Tirmizi mengatakan, "Hadis ini hasan sahih dan memiliki syawahid (penguat) di antaranya adalah:

1. Sanad dari Hassan pada riwayat Ahmad (3/442-443), Ibnu Majah (1574).

2.Dari Ibnu Abbas pada Ahmad (1/229), Abu Daud (3236), At-Tirmizi (320),
AN-Nasa'i (4/94-95) dan Ibnu Majah (1575).

3.Kerana banyak jalurnya, maka hadis inis ahih. ImamAn-Naw aw i berkata,
"Adapun jika tujuannya (ziarah kubur) untuk mendoakan si mayit atau mengambil ibrah (pelajaran) darinya, maka itu boleh dilakukannya di rumahnya".[1]


5. Syafaat
Syafaat ertinya memohon kepada Allah Subhanahu wa Taala agar Dia mengampuni dosa dan kesalahan orang lain yang diberi syafaat. Syafaat di bagi dua iaitu:
a. Syafaat yang diakui oleh agama dan bermanfaat bagi pelakunya, iaitu syafaat yang memiliki dua syarat iaitu:

i.Si pemberi syafaat mendapat izin dari Allah Subhanahu wa Taala untuk memberi syafaat, lihat al-Qur'an surat Al-Baqarah: 255, Yunus:3.

ii.Orang yang diberi syafaat mendapat ridha dari Allah Subhanahu wa Taala lihat al-Qur'an surat An-Najm: 26, Al-Anbiya': 28.

b. Syafaat yang tidak diakui oleh agama dan tidak bermanfaat bagi pelakunya kerana tidak memenuhi syarat di atas.
6. Ruqyah

Imam Asy-Syafie membolehkan ruqyah dengan syarat diambil dari kitabullah atau zikrullah.[2]


[1] Al-Majmu', Imam An-Nawawi, 5/309-311
[2] Al-Umm, 7/228

No comments:

Post a Comment